Didik-Kasih EduCare Program: Transformation from Receiver to Giver

//Didik-Kasih EduCare Program: Transformation from Receiver to Giver

Didik-Kasih EduCare Program: Transformation from Receiver to Giver

KUALA LUMPUR, 7 AUGUST 2016- “Thank you Great Vision Charity Association (GVCA) for supporting my studies cost and helping me to reduce the financial burden of my family,” said Hanis Humairah, 19 years old who received a study aid under the Didik-Kasih EduCare Program to continue her tertiary study in Petroleum Geoscience.

Besides receiving study aid from the said program, the receiver also gives back to the society by organising a charity event with the aid fund. On early August, Hanis has organised her charity event by having a motivational workshop for the Standard 5 pupils in SK Jerantut Jaya, Pahang.

“Throughout the preparation of organising my charity event, I have learnt a lot and these experiences help me in future studies,” said Hanis, after she completed the motivational workshop for the pupils.

According to Great Vision Charity representative, Ms Chor Mun Yan, Didik-Kasih EduCare Program is a study aid that aims to assist the underprivileged who wishes to further their tertiary studies by providing them with a startup assistance and monthly allowance to cover his or her living expenses while studying throughout the period of assistance.

“Some students do not have the privilege to continue tertiary education because of various setbacks, including financial challenges from the students’ family.”

“The program also aims to influence and inspire successful applicants to give back to the society by getting involved in and organising charity activities,” said Chor.

University Teknologi Petronas student Siti Syahira, 19 years old, also receives study aid from Didik-Kasih EduCare Program. One of the criteria in receiving study aid from Didik-Kasih EduCare Program is giving back to the society. She organised a charity event in an orphanage home Rumah Amal Titian Kaseh in Titiwangsa on the past 7th August.

Charity awareness spread among the bright student’s friends when Siti manage to get her friends to help out as volunteers during her charity event in the orphanage. They had a lunch feast at the children’s home and conducted various activities like singing competition and quiz on citing the Al-Quran verse. The children had fun and enjoyed themselves throughout the event. The orphanage home received goods and money donation from Siti and the association’s representative, Ms Chor.

This study aid receiver was grateful for the opportunity offered and felt empowered to be able to help the others who are underprivileged as well.

_________________________________________________________

Program Didik-Kasih EduCare: Transformasi Dari Penerima ke Pemberi

KUALA LUMPUR, 7 OGOS 2016 – “Terima kasih, Persatuan Harapan Mulia ke atas bantuan kewangan pendidikan yang diberikan bagi meringankan beban kos pengajian universiti saya,” ulas Hanis Humairah, 19 tahun, yang menerima bantuan kewangan pendidikan menerusi Program Didik-Kasih EduCare anjuran Persatuan Harapan Mulia sejak tahun lepas untuk meneruskan pengajiannya dalam bidang petroleum dan sains bumi.

Anak pelajar cemerlang ini yang menerima bantuan menerusi program tersebut membalas jasa baik dengan menyumbang balik kepada masyarakat. Beliau telah menganjurkan satu aktiviti amal dengan berbentuk bengkel motivasi jati diri yang ditujukan kepada murid-murid Tahun 5 di SK Jerantut Jaya, Pahang pada awal bulan Ogos ini.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ketika bengkel motivasi jati diri tersebut adalah aktiviti dalam kumpulan dan pembentangan bagi menggalakkan murid-murid menguruskan masa dan diri sebelum menjelang peperiksaan.

“Sepanjang aktiviti amal saya berlangsung, pelbagai pengajaran yang dapat saya pelajari dan diaplikasikan dalam kehidupan harian saya,” kata Hanis selepas tamatnya bengkel motivasi tersebut bagi anak-anak murid.

Menurut wakil dari Persatuan Harapan Mulia, Cik Chor Mun Yan, Program Didik-Kasih EduCare merupakan satu bantuan kewangan pendidikan yang bertujuan untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang ingin melanjutkan pengajian tinggi mereka dengan menyediakan bantuan permulaan dan elaun bulanan untuk menampung kos perbelanjaan sara hidup mereka semasa tempoh pembelajaran.

“Program tersebut juga bertujuan untuk mempengaruhi dan memberi inspirasi kepada pemohon yang berjaya untuk berbakti kepada masyarakat dengan bukan sahaja melibatkan diri dalam kegiatan amal, bahkan menganjurkan aktiviti amal sekali,” kata Chor.

Siti Syahira, seorang pelajar Universiti Teknologi Petronas, turut merupakan salah seorang penerima bantuan Program Didik-Kasih EduCare. Beliau pula menganjurkan aktiviti amalnya di Rumah Amal Titian Kaseh di Titiwangsa pada hari 7 Ogos yang lalu.

Siti berjaya mendapatkan bantuan rakan-rakannya sebagai sukarelawan bagi aktiviti amalnya, yang berbentuk sebuah jamuan makan bersama anak-anak yatim dan asnaf di rumah amal tersebut. Pelbagai aktiviti persembahan dengan aktiviti dalam kumpulan diadakan seperti pertandingan menyanyi dan kuiz Hafazan Al-Quran. Kanak-kanak di rumah amal tersebut teruja dan aktif menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersama para sukarelawan. Selepas aktiviti bersama anak-anak yatim, Siti bersama wakil Persatuan Harapan Mulia, Cik Chor, menyumbangkan barangan harian dan dermaan wang kepada wakil Rumah Titian Kaseh.

Bah kata pepatah, tangan di atas lebih baik dari tangan di bawah. Selain menerima bantuan pendidikan dari pihak persatuan tersebut, calon Program Didik Kasih Edu-Care ini berasa bersyukur kerana diberikan peluang untuk menggembleng tenaga dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik yang lain juga.

By | 2016-09-07T03:58:39+08:00 September 7th, 2016|Uncategorized|0 Comments