Hari Keluarga PRUkasih di PPR Pantai Ria

//Hari Keluarga PRUkasih di PPR Pantai Ria

    Hari Keluarga PRUkasih di PPR Pantai Ria

    Hari Keluarga PRUkasih di PPR Pantai Ria

    PRUkasih merupakan satu program pelan perlindungan kewangan percuma yang ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah bandar di mana sekiranya berlaku kehilangan pendapatan akibat daripada perkara yang tidak terduga seperti penyakit, kemalangan atau kematian, ahli yang berdaftar akan mendapat manfaat dalam bentuk baucer makanan, elaun perumahan atau khairat kematian mengikut ketetapan yang telah diperuntukkan. Program PRUkasih mendapat sambutan hangat dari penduduk PPR Pantai Ria pada bulan lepas.

    Tarikh: 25hb November 2017
    Masa: 10am-1pm
    Lokasi: Dataran PPR Pantai Ria

    Terima kasih kepada para sukarelawan dari #Prudential dan Persatuan Harapan Mulia dalam melancarkan Hari Keluarga PRUkasih di PPR Pantai Ria. Kami berharap lebih ramai penduduk di PPR Pantai Ria dapat dilindungi atas program PRUkasih yang akan dijalankan sepanjang tempoh masa setahun. #charity #PRUkasih

     

    By | 2017-12-26T15:38:28+08:00 December 26th, 2017|Activities & Events|0 Comments