KUALA LUMPUR, 26 April 2015: The Rumah Bakti Dato’ Harun orphanage took delivery of 30 donated computers from Great Vision Charity Association to be used at various locations in the orphanage which includes their learning centre, study room, library, computer laboratory, and dormitory. The orphanage has been wishing to receive computer donation from the public for quite some time to assist the children in their studies, so the delivery of the computers could not come at a more appropriate time.
Earlier in the day, 5 volunteer technicians from Great Vision took 2 hours to setup and install the computers at the respective rooms, with the assistance from En Ghazali Bin Mohd Ali, who is the computer teacher of the orphanage. Ten representatives from Great Vision Charity Association, led by their Vice President, Mr Tan Wing Chong, then officiates the computer handover ceremony, and were shown around the orphanage by En Ishak Bin Osman of Rumah Bakti Dato’ Harun.
Mr Tan hopes that the children will be able to fully utilise the computers to help them out in their studies, especially in doing their school assignments, research, and reports, and be well-versed and equipped with computing skills. The children then thanked Mr Tan and representatives of Great Vision Charity Association for the donation, and invited them for luncheon and a group photography session, before bidding farewell to them.
RUMAH ANAK YATIM MENERIMA SUMBANGAN KOMPUTER
KUALA LUMPUR, 26 April 2015: Rumah Bakti Dato’ Harun telah menerima penghantaran 30 buah komputer yang disumbangkan oleh Persatuan Harapan Mulia untuk digunakan di pelbagai lokasi di rumah anak yatim tersebut termasuk bilik pengajian mereka, bilik bacaan, perpustakaan, makmal komputer, dan asrama. Rumah anak yatim tersebut telah sekian lama ingin menerima sumbangan komputer daripada orang ramai untuk membantu kanak-kanak dalam pelajaran, jadi sumbangan komputer kali ini datang tepat pada masanya.
Pada awal pagi, 5 juruteknik sukarelawan dari Persatuan Harapan Mulia telah mengambil masa 2 jam untuk memasang komputer di rumah anak yatim tersebut, dengan bantuan daripada En Ghazali Bin Mohd Ali, yang merupakan guru komputer di sana. Sepuluh wakil-wakil dari Persatuan Harapan Mulia, yang diketuai oleh Naib Presiden mereka, Encik Tan Chong Wing, kemudiannya merasmikan majlis sumbangan komputer, dan telah dibawa melawat ke sekitar rumah anak yatim oleh En Ishak Bin Osman dari Rumah Bakti Dato ‘Harun.
Encik Tan berharap para kanak-kanak di sana akan dapat menggunakan komputer sumbangan tersebut dengan sepenuhnya untuk membantu mereka dalam pembelajaran, terutamanya dalam menyiapkan projek dan tugasan sekolah, penyelidikan, dan laporan, serta menambahkan kemahiran komputer. Para kanak-kanak kemudiannya mengucapkan terima kasih kepada Encik Tan dan wakil-wakil Persatuan Harapan Mulia atas sumbangan mereka, dan menjemput mereka untuk menjamu makan tengah hari bersama serta sesi fotografi kumpulan, sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.