Adakah NGO (Non-Government Organization) masih relevan pada abad ke 21?? Apa yang NGO buat?? Alah, JKM kan ade, kenapa masih perlu NGO?
Ini antara beberapa persoalan yang bermain difikiran aku dahulu kala dan aku rasa orang ramai pun masih memikirkan persoalan ini.
Jom kita rungkai persoalan diatas berdasarkan pandangan peribadi aku.
NGO (Pertubuhan Bukan Kerajaan) adalah merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. So, basically NGO ni bebas politik.
Adakah NGO masih relevan?
Yup, pada aku NGO masih relevan & akan terus relevan sampai bila – bila. NGO ditubuhkan untuk mengatasi masalah – masalah social dikala negara sedang pesat membangun. Ianya juga ditubuhkan bertujuan untuk memperjuangkan sesuatu agenda social dimana ianya selalu dipandang enteng oleh masyarakat dek kerana kerakusan mengejar arus permodenan. Contohnya macam nasib serta hak golongan yang kurang bernasib baik.
Apa NGO buat?
NGO banyak melakukan kerja dibelakang tabir. Senang cakap kerja tak famous. Kerja yang tidak melibatkan keuntungan. Namun setiap kerja yang dilakukan bertujuan untuk memupuk sifat tanggungjawab antara masyarakat disamping melahirkan kesedaran dikalangan masyarakat. Setiap kerja yang dibuat tidak mengharapkan balasan namun berharap ianya dapat memberikan anjakan perubahan kepada sikap, pandangan serta tanggapan masyarakt umum kepada sesuatu masalah social.
Contohnya, umum mengetahui bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang hidup dibawah paras kemiskinan. Bayangkan, golongan – golongan ini kekadang makan sehari cuma sekali. Tinggal dirumah usang, tak ada kemudahan asas air & elektrik. Anak – anak terpaksa dinafikan hak pendidikan disebabkan tidak mampu untuk menyediakan kelengkapan persekolahan. Isu – isu ini yang akan NGO akan cuba berikan bantuan. Ada NGO yang berikan bantuan kelengkapan barangan dapur, ada NGO yang menyediakan bantuan pendidikan.
Alah, JKM kan ade, kenapa masih perlu NGO?
JKM wujud bertujuan untuk membela nasib masyarakat serta golongan yang kurang bernasib baik. Namun, kita perlu sedar bahawa JKM saja tak mampu nak ubah serta bela nasib – nasib golongan yang kurang bernasib baik. Sebaliknya masyarakat patut bersama – sama bersama JKM untuk membela nasib golongan ini. Namun disebabkan sikap enteng & kurang keprihatinan, masyakat sering mengabaikan golongan ini. Bila macam ni, NGO akan back up JKM. Apa yang JKM terlepas pandang, NGO akan cuba berikan bantuan dan salurkan maklumat kepada JKM. Boleh dikatakan NGO & JKM saling melengkapi satu sama lain.
Ini cuma pandangan peribadi aku. Next posting kita akan bincang tentang pendidikan dan golongan kurang berkemampuan.