Pada tahun ini, kami mahasiswa/i dari kursus kesukarelawanan, Universiti Pendidikan Pendidikan Sultan Idris (UPSI) akan menganjurkan program Membina Jalinan Masyarakat: Inisiatif Sukarelawan UPSI Dengan Murid Orang Asli yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Behrang, Perak.
Tujuan utama program kami adalah untuk memberi bantuan dalam pembangunan kemahiran sosial, kreativiti, dan keyakinan diri dalam kalangan murid-murid anak orang asli.
Kesannya, program ini akan memberikan motivasi yang baru kepada murid orang asli untuk kekal bersekolah dan merasakan kegembiraan sepanjang pembelajaran berlangsung.
Sepanjang program dijalankan, beberapa aktiviti telah dirancang yang mana semua aktiviti tersebut adalah berpusatkan kepada murid.
Dengan ini, murid-murid mampu melatih diri untuk berkomunikasi dengan baik dan dapat membina bentuk semangat kerjasama yang cemerlang.
Oleh itu, aktiviti yang dijalankan adalah disasarkan kepada murid orang asli dari umur 6 hingga 12 tahun.
Dengan rendah hati, kami mengalu-alukan sumbangan orang ramai dengan seikhlas hati bagi memberi sumbangan dana agar program ini dapat berjalan lancar dengan jayanya.
Mari bersama- sama menyumbang agar dapat memberi tenaga dan impak yang positif kepada anak-anak di sana.