Program amal Rakan Shopping membantu golongan miskin membeli-belah

//Program amal Rakan Shopping membantu golongan miskin membeli-belah

Program amal Rakan Shopping membantu golongan miskin membeli-belah

Puchong, 18 Mac 2017: Program amal Rakan Shopping yang menjadi acara bulanan Persatuan Harapan Mulia, sebuah NGO yang membantu golongan kurang bernasib baik telah berjaya membantu 10 keluarga miskin dan kurang bernasib baik dari Pangsapuri Enggang dengan membawa mereka membeli-belah di pasaraya Giant atas sumbangan persatuan. Tiga hari sebelum acara, wakil persatuan tersebut telah menemu bual dan meninjau ke rumah penduduk Pangsapuri Enggang yang miskin untuk memahami keadaan para peserta sebelum terpilih dalam program ini.

Acara bermula pukul 9 pagi itu membabitkan 17 orang peserta dari punduduk miskin Pangsapuri Enggang dan 15 orang wakil sukarelawan dari Persatuan Harapan Mulia. Para peserta teruja dengan peluang bantuan ini disebabkan dapat meringankan bebanan kewangan mereka. Malah, Rohani Bt Hussin, seorang peserta yang berusia dan buta penglihatan turut melafazkan kegembiraannya. “Mak cik berasa bersyukur atas peluang untuk keluar membeli-belah kali ini kerana sudah lama mak cik tidak keluar dari rumah disebabkan kesukaran atas penggerakan.”

Ketika sesi membeli-belah di Pasaraya Giant Kinrara, sukarelawan-sukarekawan dari persatuan tersebut menemani dan membantu para peserta memilih barangan keperluan serta mengira kos barangan.  Wakil persatuan Cik Chor Mun Yan berkata, dia berharap program Rakan Shopping dapat membawa kesan positif kepada golongan kurang berkemampuan dan memupuk minat kesukarelawan antara masyarakat.

“Selain memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan, kami sentiasa menggalakkan golongan ini tabah menemui dugaan hidup.

Terdapat seorang ibu tunggal yang menerima bantuan dari program amal ini bulan lepas turut menyumbang balik jasa baik dengan memberi khidmat sebagai seorang sukarelawaan membantu keluarga-keluarga lain yang kurang berkemampuan di acara ini.”

Selepas sesi membeli belah, keluarga-keluarga miskin ini dijemput makan tengah hari di medan selera Giant tersebut bersama para sukarelawan sebelum dihantar balik ke rumah masing-masing. Munurut sukarelawan yang terlibat, Cik Angel Karishma Kaur mengulas “Pengalaman bersukarela ini telah membuka minda saya untuk menghargai apa yang saya mempunyai di kehidupan.

Saya juga belajar bahawa walau keluarga-keluarga ini mengalami kesusahan dalam hidup, namun mereka masih bersifat positif”

Maklumat lanjut berkenaan dengan Program Rakan Shopping boleh dilayari di laman web http://www.persatuanharapanmulia.wordpress.com/

By | 2017-05-11T13:13:54+08:00 March 24th, 2017|Rakan Shopping Program|0 Comments