-
#HarapanMulia is an online fundraising campaign aimed at supporting our education programs, including EduCARE and GV Scholarships. Through this campaign, we hope to raise RM500,000 to empower underprivileged students and families across Malaysia, providing them with the financial aid, mentorship, and resources they need to pursue their education and build a brighter future. Every donation, big or small, helps turn dreams into reality because Education For All is a cause worth supporting. Your support helps students overcome barriers and reach their full potential. With your help, we can continue to empower students to learn, grow, and thrive. -
Out of stock
NUTRIBITE Anjuran pelajar ED2488A Sarjana Muda Pendidikan Sains (Kepujian) Fizik, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam.Program NutriBite merupakan inisiatif komuniti di bawah kursus SCE583 (Science module and training development) untuk meningkatkan kesedaran nutrisi dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar sekolah menengah.Dilaksanakan pada 12 Disember 2025, program ini memfokuskan konsep asas nutrisi seperti Piramid Makanan Malaysia, pengiraan BMI, keperluan kalori, hidrasi harian serta amalan pemakanan “Suku-suku Separuh”. Aktiviti dijalankan secara interaktif melalui Zumba, kuiz, hands-on pengiraan kesihatan, pembinaan model dan analisis label makanan. Pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman ini membantu peserta memahami dan mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian. Program turut memberi peluang kepada pelajar universiti mengasah kemahiran komunikasi, kepimpinan dan profesionalisme. Secara keseluruhan, NutriBite memberi impak positif kepada pelajar, universiti dan komuniti melalui pemerkasaan literasi nutrisi serta penerapan gaya hidup sihat. -

PROGRAM UBUNTU ANAK ANGKAT ORANG ASLI: UUM MEMPERKASA KOMUNITI TERSISIH
Program ini dianjurkan oleh pelajar Kursus SSWSK2153 Perancangan dan Pembangunan Komuniti, SAPSP, dengan kerjasama Great Vision Charity Association dan Persatuan Kerja Sosial UUM. Program akan berlangsung di Perkampungan Orang Asli Lubuk Legong, Baling, Kedah pada 26–27 Disember 2025.
“Ubuntu” ialah istilah daripada Bahasa Kuno Afrika Selatan yang bermaksud kemanusiaan untuk semua dan menggalakkan kita berbuat baik demi komuniti. Falsafah ini menjadi inspirasi pelajar Kerja Sosial UUM untuk membantu komuniti Orang Asli yang kurang bernasib baik.
Kami amat mengalu-alukan sumbangan anda untuk menceriakan kanak-kanak serta wanita/ibu di kawasan luar bandar ini.
Pertanyaan boleh diajukan kepada Pengarah Program: • Nur Afni Raihana Mohd Shukri – 013-4157147
• Nurul Izzati Muhamad Zambri – 011-37257166